HIV Medication (HAART)

HIV Medication (HAART)

Kenali Ubatan HAART (Highly Active Anti-Retroviral Therapy) Anda

Class: Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTIs)
Nama Brand  Nama Generic  Kesan Sampingan  Langkah Pencegahan 
Ziagen Abacavir  Kesan hipersensitiviti  Lakukan ujian genetik terlebih dahulu sebelum memulakan terapi
Combivir Lamivudine + Zidovudine  Anemia (kekurangan sel darah merah)   
Videx @ Videx-EC Didanosine @ DDL  Cirit-birit, sakit perut, neuropati (penyakit atau disfungsi satu atau lebih saraf periferal, biasanya menyebabkan kebas atau kelemahan), muntah-muntah, pankreatitis (radang pankreas) Jangan diambil bersama dengan Stavudine
Emtriva Emtricitabine Ruam dan kehitaman pada tapak tangan atau tapak kaki, kebas, kesemutan, atau rasa terbakar  
Epzicom Abacavir + Lamivudine Loya, muntah, perut tidak selesa, cirit-birit, keletihan, menggigil, pening, sakit kepala, insomnia Bactrim atau Septramay dapat meningkatkan tahap darah; jangan ambil bersama dengan Stavudine
Epivir Lamivudine Loya, muntah, perut tidak selesa, cirit-birit, keletihan, pening, sakit kepala, insomnia  
Zerit @ Zerit XR Stavudine, d4T Neuropati (penyakit atau disfungsi satu atau lebih saraf periferal, biasanya menyebabkan kebas atau kelemahan), sakit kepala, menggigil, demam, cirit-birit, loya, pengurangan lemak di bahagian lengan, kaki, atau muka Jangan diambil bersama dengan AZT atau Didanosine
Viread Tenofovir Loya ringan, muntah, hilang selera makan, sakit perut Jangan diambil jika anda mempunyai masalah buah pinggang
Trizivir Abacavir + Zidovudine + Lamivudine Anemia, loya, sakit perut, cirit-birit, sembelit, muntah, pening, insomnia, sakit kepala, keletihan, sakit otot, tindak balas hipersensitiviti Maklumkan kepada Doktor berkenaan semua ubat-ubatan yang anda ambil
Truvada & Tenvir EM Tenofovir + Emtricitabine Loya ringan, muntah-muntah, hilang selera makan, sakit kepala, ruam, kehitaman pada tapak tangan atau tapak kaki, kebas, kesemutan, atau rasa terbakar Jangan diambil bersama Didanosine atau Lamivudine atau jika anda mempunyai masalah buah pinggang
Stribild Tenofovir + Emtricitabine + Elvitegravir Loya, cirit-birit Boleh menyebabkan pembentukan asid laktik dan masalah hati yang kronik
Retrovir AZT, Zidovudine Anemia, loya, muntah-muntah Jangan diambil bersama dengan Stavudine
 
Class: Non-Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NNRTIs)
Nama Brand Nama Generic Kesan Sampingan Langkah Pencegahan
Edurant Rilpivirine Kemurungan, susah tidur, sakit kepala, ruam  
Sustiva Efavirenz Mimpi, kebimbangan, ruam, loya, insomnia  
Viramune Nevirapine Ruam, demam, sakit kepala, loya, cirit-birit Masalah hati
 
Class: Protease Inhibitors (PIs)
Nama Brand Nama Generic Kesan Sampingan Langkah Pencegahan
Agenerase Amprenavir Loya, cirit-birit, muntah-muntah, ruam  
Reyataz Atazanavir Peningkatan tahap bilirubin. Loya, sakit kepala, ruam, sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, kemurungan, perubahan dalam rentak jantung. Keberkesanan boleh berkurangan jika diambil bersama Ritonavir dan Victrelis untuk Hepatitis C
Prezista Darunavir Cirit-birit, loya, sakit kepala, ruam Keberkesanan boleh berkurangan jika diambil bersama Ritonavir dan Victrelis untuk Hepatitis C
Lexiva Fosamprenavir Loya, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, kebas di sekitar mulut, sakit perut  
Kaletra Lopinavir / Ritonavir Cirit-birit, keletihan, sakit kepala, loya, lemah tubuh badan, ruam, insomnia Keberkesanan boleh berkurangan jika diambil bersama Victrelis untuk Hepatitis C
Viracept Nelfinavir Cirit-birit, loya, sakit perut, lemah tubuh badan, ruam, anemia, sakit sendi  
Norvir Ritonavir Loya, muntah-muntah, cirit-birit, perubahan pada deria rasa, sakit kepala, pening, ruam  
Aptivus Tipranavir Peningkatan tahap enzim hati dan kolesterol, cirit birit, ruam, loya, muntah-muntah, sakit perut, keletihan, sakit kepala  
 
Class: Fusion Inhibitor (FI)
Nama Brand Nama Generic Kesan Sampingan Langkah Pencegahan
Fuzeon Enfuvirtide Kemerahan, gatal-gatal, atau ketulan keras di tempat suntikan, insomnia, kemurungan, cirit-birit, loya, lemah, sakit otot, hilang selera makan, kehilangan berat badan, tanda-tanda seperti selsema  
 
Class: Entry Inhibitor
Nama Brand Nama Generic Kesan Sampingan Langkah Pencegahan
Selzentry Maraviroc Batuk, sakit perut, keletihan, pening apabila berdiri  
 
Class: Integrase Inhibitors
Nama Brand Nama Generic Kesan Sampingan Langkah Pencegahan
Isentress Raltegravir Sakit kepala, loya, pening, keletihan, insomnia  
Tivicay Dolutegravir Sakit kepala, insomnia  

 

sumber: http://www.webmd.com/hiv-aids/aids-hiv-medication-side-effects

Print Email

Ujian Saringan HIV - FAQ

Di manakah seseorang boleh mendapatkan ujian HIV? Berapakah kosnya?

Orang ramai boleh menjalani Uiian Saringan HIV di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan dengan percuma.

Berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk menerima keputusan ujian HIV?

Untuk Ujian Saringan HIV ianya hanya mengambil masa kurang dari 30 minit. Untuk Ujian Makmal HIV ianya mengambil masa kurang dari 1 bulan.

Berapa kerapkah seseorang itu perlu mendapatkan ujian HIV dan mengapa?

Adalah disarankan untuk seseorang itu menjalani uiian HIV sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun. Jika anda merupakan seseorang yang aktif secara seksual, adalah dicadangkan setiap enam bulan sekali. Ini kerana jangka waktu tingkap (window period) yang ada untuk HIV adalah selama 3 minggu ke 6 bulan.

Jangka waktu tingkap adalah masa di mana antibodi HIV di dalam badan boleh dikesan. Di Malaysia jangka waktu tingkap adalah di antara 3 minggu ke 6 bulan.

Apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh seseorang yang mendapat keputusan/menerima diagnosa positif HIV?

Apabila seseorang telah didiagnos oleh HIV adalah penting :

  1. untuk mendapat maklumat tepat mengenai HIV. Ini boleh dilakukan melalui proses kaunsling dengan doctor di Bahagian Penyakit Berjangkit di hospital-hospital kerajaan atau menghubungi terus Majlis AIDS Malaysia di talian +603 4045 1033
  2. untuk berfikiran positif
  3. untuk mengetahui sama ada perlu atau tidak menjalani rawatan HAART. Doktor akan memberitahu keadaan diri orang yang positif

sumber: Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDSZamzuri Abdul Malik

Print Email