Pengurangan Kemudaratan

Apa itu pengurangan kemudaratan

Pengurangan kemudaratan merujuk kepada polisi, program dan pengamalan yang bertujuan untuk mengurangkan kemudaratan yang berkait rapat dengan penggunaan dadah yang psikoaktif oleh individu yang tidak mampu atau tidak ingin berhenti menggunakannya. Aspek khusus yang mendefinisikannya adalah fokus yang menekankan kepada pencegahan kepada kemudaratan daripada pencegahan penggunaan dadah serta memberi fokus kepada pengguna dadah sebagai seorang individu. (IHRA Briefing, Pg 1)

Apa itu NSEP

NSEP merupakan akronim Neddle Syringe Exchange Program atau Program Pertukaran Jarum Suntikan. Ia menguraangkan risiko jangkitan HIV dan jangkitan peyakit berjangkit lain yang berkaitan dengan perkongsian jarum di kalangan Pengguna Dadah Suntikan.

Pendekatan Malaysia berkaitan NSEP

Malaysia mengambil pendekatan Drop In Centre (Pusat Singgah Masuk) dan Pekerja Temuseru (Outreach Worker). Pusat Singgah Masuk menyediakan perkhidmatan :

  1. Pertukaran jarum
  2. Kaunseling
  3. Rawatan ringan
  4. Makanan dan Minuman
  5. Tempat Rehat

Pekerja Temuseru merupakan bekas pengguna dadah suntikan yang dilatih untuk menjalankan NSEP. Mereka akan ke “port” dan melakukan kerja-kerja NSEP mengikut Garis Panduan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan

Purata umur klien yang mengunjungi DIC

Untuk NSEP ada garis panduan yang menyatakan bahawa IDU di bawah 18 tidak boleh mengujungi DIC. Mereka harus merujuk kepada agensi lain seperti AADK. Umur klien adalah di antara 25 – 50 tahun.

Ada berapa Tapak Termuseru di Malaysia dan di manakah lokasinya?

Terdapat 17 Tapak Temuseru (Outreach Sites) di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Kesemua Tapak Temuseru ini diselenggara oleh Badan Gabungan Negeri di bawah MAC. Lokasi adalah seperti berikut :

1. Kedah (Cahaya Harapan)

  • Alor Setar
  • Sungai Petani

2. Penang (AIDS Actiion Research Group)

  • Gelugor
  • Seberang Prai

3. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  1. Chow Kit (IKHLAS)
  2. Jalan Pudu (KAWAN)

4. Selangor (Insaf Murni)

  1. Kajang

5. Melaka (Kelab Rakan M)elaka

  1. Alor Gajah

6. Kelantan (SAHABAT)

  1. Kota Bharu
  2. Pasir Mas

7. Terengganu (CAKNA)

  1. Kuala Terengganu

8. Pahang (Drug Intervention Community)

  1. Kuantan
  2. Jengka
  3. Bera
  4. Bentong

9. Johor(Intan Life Zone)

  1. Johor Bharu
  2. Kluang
  3. Mersing

Apa itu Methadone Maintenance Therapy (MMT)

MMT merupakan terapi dadah gantian yang menggunakan methadone sebagai medium mengurangkan aktiviti menyuntik dadah.

Sejauh mana MMT berjaya mengurangkan kemudaratan?

  1. Pegguna tidak rasa high bila menggunakannya .
  2. Mengurangkan jenayah yang berkaitan dengan dadah
  3. Mengurangkan gian untuk menyuntik
  4. Memberikan peluang kepada IDU untuk pulih dan kembali bekerja

Adakah menyalahi undang-undang jika kita memiliki/membawa lebih dari 3 paket kondom

Tidak ada peruntukan undang-undang mengenai kondom. Bagaimana pun kondom boleh digunakan sebagai bukti berdasarkan keadaan (circumstantial evidence) jika ditangkap dengan tuduhan mencari pelanggan untuk tujuan seks. (soliciting sex)

Adakah NSEP meyumbang kepada peningkatan bilangan penagih dadah di Malaysia?

Tidak ada bukti menyokong kenyataan ini. Malah dalam banyak kajian yang dilakukan, NSEP sebenarnya mengurangkan kadar penagih dadah suntikan kerana wujudnya khidmat rujukan. 

sumber: Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDSZamzuri Abdul Malik

Print Email