Apa itu HIV & AIDS?

1. 

Apa itu HIV? 

 

Singkatan dari Human Immunodeficiency Virus, HIV menyerang sistem pertahanan badan manusia dan mendedahkan seseorang kepada AIDS.

 

Nota :

  1. HIV hanya menyerang manusia
  2. Tidak ada orang yang mati kerana dijangkiti HIV
  3. Boleh diuji dengan Ujian Antibodi HIV
  4. Virus yang boleh menyebabkan AIDS.
   

2.

Apa itu AIDS?

 

Singkatan dari Acquired Immune Deficiency Syndrom, AIDS merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV.

Acquired 

:

Tidak diwarisi

Immune

:

Sistem pertahanan badan manusia

Deficiency

:

Menjadi lemah

Syndrome

:

Kumpulan penyakit

3.

Apa beza HIV dan AIDS?

 

HIV merupakan Virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan AIDS merupakan kumpulan penyakit hasil dari jangkitan HIV.

4.

Cara Jangkitan HIV.

 

Terdapat tiga cara Utama iaitu :

a) Seks tanpa menggunakan kondom dengan orang yang dijangkiti.

Nota :

Dalam kes ini, seks rambang bukan lah istilah yang tepat, kerana kita tidak mungkin mengetahui status seseorang sehingga ianya diuji. Jika seseorang itu mengadakan hubungan seks rambang dengan pasangan yang tidak ada HIV, walau seramai mana sekalipun, dia tidak akan dijangkiti. 

b) Perkongsian jarum suntikan yang tercemar dengan HIV.

Nota :

Penggunaan dadah secara oral tidak ada kena mengena dengan jangkitan HIV. Untuk HIV berjangkit hanya penggunaan dadah secara suntikan yang boleh memindahkan virus dari seorang ke seorang yang lain. 

c) Dari ibu positif yang mengandung kepada anak yang dikandung sewaktu kandungan, sewaktu melahirkan dan sewaktu menyusukan.

Nota:

Ibu yang positif mempunyai 12% - 35% kemungkinan untuk menjangkitkan virus kepada anak yang dikandung. Dengan menjalani rawatan ARV, kemungkinan ini turun kepada 5% hingga 9%. Ibu ini kemudian harus menjalani pembedahan C-Section dan kemungkinan ini boleh turun kepada 1%

Terdapat juga cara-cara jangkitan yang lain iaitu pemindahan darah, permindahan organ dan kecederaan akibat jarum suntikan.

5.

Kita tidak boleh dijangkiti HIV melalui:

 

Gigitan nyamuk (atau pun kera atau binatang-binatang lain)

Berkongsi kemudahan awam seperti kolam renang, telefon awam atau pun tandas awam

Tidur, makan, minum dan melakukan aktiviti-aktiviti seharian mahu pun sukan dengan mereka yang positif.

6.

Cecair badan yang mempunyai konsentrasi HIV yang tinggi ialah :

 

a) Darah

b) Air Mani

c) Air Mazi

d) Cecair Faraj

e) Susu Ibu

7.

Bolehkah seseorang yang mempunyai HIV dibezakan dari bentuk fizikal?

 

Tidak. Hanya dengan menjalani Ujian Saringan HIV status seseorang itu boleh diketahui.

8.

Bolehkan HIV hidup di luar tubuh manusia?

 

HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah apabila terkena oksigen atau matahari.

9.

Bagaimana HIV berjangkit melalui seks oral?

 

Risiko jangkitan melalui seks oral adalah sangat rendah. Ianya timbul sekiranya air mani atau cecair faraj pasangan yang dijangkiti masuk ke dapam mulut yang terdapat luka / rekahan / ulser / mucus membrane / penyakit gusi.

10.

Bolehkah HIV dijangkiti melalui ciuman mulut (French kiss)?

 

HIV dari darah boleh masuk ke mulut pasangan sekiranya ada luka/rekahan/ulser di dalam rongga mulut tetapi sehingga kini tiada kes jangkitan dilaporkan.

11.

Bolehkah HIV dijangkiti dengan menderma darah?

 

Peratus kemungkinan jangkitan adalah rendah kerana Peralatan pakaibuang yang digunakan adalah sucihama (sterile). Jangan menderma darah sekiranya anda atau pasangan disyaki ada HIV atau telah melakukan hubungan seks tanpa kondom.

12.

Perlukah saya dan pasangan saya menjalani ujian sebelum berkahwin?

 

Mengetahui status pasangan sebelum berkahwin adalah lebih baik dari mengetahuinya selepas berkahwin. Walaubagaimanapun ini tidak menjamin yang anda atau pasangan bebas dari HIV selepas berkahwin. Adalah disarankan untuk anda dan pasangan sentiasa berbincang hal ini untuk menentukan masa depan anda.

   

sumber: Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDSZamzuri Abdul Malik

Print Email